Tarikh : 4 Ogos 2018
Masa : 09.00 pagi - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lenga
Peserta : 22 orang

 

Tujuan

Bengkel E-usahawan diadakan bersama MDEC adalah untuk memberikan peluang kepada usahawan disekitar Mukim Lenga untuk mempelajari teknik pemasaran dalam talian, menggunakan aplikasi yang memudahkan untuk usahawan, teknik copywriting untuk mengiklan dan google trends untuk mencari jualan atau produk yang mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, mengadakan Advoakasi Klik Dengan Bijak untuk memberikan tunjuk ajar melalui modal yang disediakan seperti maklumat palsu dan penipuan kewangan. Dengan penyampaian modul seperti ini memudahkan usahawan untuk lebih berhati-hati dan bijak dalam menggunakan internet dengan betul.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mempelajari cara untuk membuat media sosial seperti page facebook dan instagram.  Selain itu, mengenali jenis-jenis scammer di media sosial dan pemasaran dalam talian bersama MDEC dan petugas pusat internet.

Gambar Disini