Nama | : Siti Maizatus Salihah binti Johari |
Umur | : 26 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Cik Maizatus Salihah merupakan usahan yang berniaga secara sambilan dengan menyediakan perkhidmatan dan tempahan dari pelanggan. Beliau menyediakan perkhidmatan surprise birtjday, bouquet coklat, tempahan tulis khat untuk hiasan atau hadiah serta menjual karipap sejuk beku.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan kemudahan dan kelas ICT di PEDi Pekan Lenga, beliau hanya mengiklankan produk yang dijual melalui hebahan dikalangan ahli keluarga ataupun tempahan dari pelanggan yang tetap sahaja. Kaedah ini kurang berkesan dengan pasaran semasa yang semakin maju.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kemudahan ICT yang diberikan dan disediakan dari PEDi Pekan Lenga. Beliau mempelajari teknik yang terkini iaitu pemasaran dan pengiklanan diatas talian. Selain itu, beliau mempelajari banyak medium seperti pengiklanan melalui media sosial seperti facebook. Beliau juga mengikuti kelas usahawan di bawah anjuran PEDi untuk meningkatkan kemahiran dalam pamasaran.Beliau juga berkunjung dkt PEDi Pekan Lenga untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi dan menghadiri kelas ICT.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan#sigFreeIdd35042c5e4
Nama | : Rohayati binti Makin @ Ma'in |
Umur | : 52 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Pn. Rohayati mesra dengan panggilan Cik T merupakan peniaga yang berniagag secara kecil-kecilan di Kg Gombang.Beliau menjual pelbagai jenis makan petang seperti keledek goreng, pisang goring,tauhu gorenng dan bermacam-macam lagi menu yang disediakan. Selain itu, beliau menerima tempahan nasi ambeng untuk majlis atau jamuan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan kemudahan ICT di PEDi Pekan Lenga dan membuat promosi. Beliau hanya mendapat sambutan dari penduduk setempat disekitar Kg Gombang. Beliau juga mengambil tempahan dari keluarga, jiran tertangga dan pelanggan tetap. Beliau hanya menguar-arkan melalui facebook sahaja. Disebabkan itu, kurang di kenali penduduk di Mukim Lenga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
PEDi Pekan Lenga mengadakan pelbagai kelas ICT dan kelas usahawan untuk usahawan dan peniaga yang ingin menambahkan kemahiran dalam penggunaan media sosial dan pengurusan akaun kewangan. Oleh itu, beliau diajar cara untuk mempromosikan jualan dengan kaedah yang betul. Selain itu, beliau juga sering datang ke PEDi Pekan Lenga untuk menggunakan kemudahan dan menghadiri kelas dan program anjuran PEDi Pekan Lenga.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan#sigFreeId2454af34de
Nama | : Sarinah binti Puteh |
Umur | : 52 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Pn. Sarinah merupakan usahawan kecil yang berniaga di sekitar mukim Bukit Kepong dan Lenga. Beliau menjual pelbagai jenis produk seperti kerepek, kuih – muih, kraftangan dan pelbagai jenis barangan. Selain itu, beliau juga seorang tukang jahit yang menerima tempahan pelbagai jenis baju seperti kurung moden, baju melayu dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan kemudahan ICT di PEDi Pekan Lenga ataupun secara dalam talian, Beliau hanya mempromosikan ataupun membuat hebahan hanya dalam Facebook dan juga Whatsapp dengan menjual dan menerima tempahan dari ahli keluarga dan kenalan sahaja. Justeru itu, teknik yang digunakan kurang berkesan dan kurang mendapat sambut dari komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan adanya, PEDi Pekan Lenga pelbagai kemudahan yang disediakan untuk usahawan antaranya kelas ushawan dan ICT. Oleh itu, beliau mengambil untuk mengikuti kelas ICT dan usahawan anjuran PEDi. Petugas PEDi memberikan tunjuk ajar teknik atau medium yang digunakan dalam media sosial seperti Instagram, facebook, telegram, Whatsapps dan Myshop Dashboard Komuniti.Beliau mempelajari teknik pemasaran dan pengiklanan di PEDi Pekan Lenga. Beliau juga sering datang ke PEDi Pekan Lenga untuk menggunakan kemudahan dan menghadiri kelas dan program anjuran PEDi Pekan Lenga.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan#sigFreeId3168f5f255
Nama | : Muhammad Wafey bin Mohamed Nasir |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 28, Lenga, Seorang pelajar yang aktif dalam akademik dan kokurikulum. Beliau seorang pengawas yang berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah. Beliau juga merupakan seorang rajin dan bercita-cita untuk menjadi pelajaer cemerlang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI1M Pekan Lenga, beliau hanya menggunakan buku rujukan dn soalan yang diberikan oleh guru. Justeru itu, bekalan buku rujukan yang dibekalkan adalah terhad dan menyukarkan beliau untuk mengulangkaj pelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selapas terdapat PI Pekan Lenga, beliau menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PI dengan sebaik mungkin. Beliau juga sering mengikuti kelas ICT dengan mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Office, Photoscpe, Kelas Advokaski KDB dan memasuki pertandingan atau kuiz yang dianjurkan oleh PI Pekan Lenga. Dengan adanaya PI1M Pekan Lenga, ia memudahkan beliau untuk menambah pengetahuan dari segi ICT, dan pembelajaran.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan#sigFreeId7cd6410283
Nama | : Ruziah binti Mahri |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Pn.Ruziah merupakan usahawan kecil yang meniaga secara sambilan secara langsung dan tidak langsung.Beliaun menerima tempahan menjahit, membuat bahulu dan biz online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan kemudahan ICT di PEDi.Kebiasanya, beliau hanya mengiklankan produk yang dijual melalui hebahan dikalangan ahli keluarga ataupun tempahan dari pelanggang.Kaedah ini kurang berkesan dengan pasaran semasa yang semakin maju.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kemudahan ICT yang diberikan dan disediakan dari PEDi Pekan Lenga. Beliau mempelajari teknik yang terkini iaitu pemasaran dan pengiklanan diatas talian. Selain itu, beliau mempelajari banyak medium seperti pengiklanan melalui media sosial atau di Dashboard Komuniti.Beliau juga mengikuti kelas usahawan di bawah anjuran PEDi untuk meningkatkan kemahiran dalam pamasaran. Mempelajari teknik yang dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT dan mediuam pengiklan. Beliau juga tetap berkunjung dkt PEDi Pekan Lenga untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi dan menghadiri kelas ICT.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan#sigFreeId303e785b5a