Nama : Muhammad Irfan Zafri bin Ahmad Razi
Umur : 15 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di SMK Sultan Alauddin Riayar Shah 1Pagoh dan akan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Beliu juga merupakan pelajar yang aktif dalam akademik dan kokurikulum. Justeru itu, beliau mengambil peluang untuk mempelajari ICT di PI1M Pekan Lenga sebagai tempat mencari bahan rujukan , nota dan soalan – soalan peperiksaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengenali PI1M Pekan Lenga, beliau hanya menggunakan buku rujukan dn soalan yang diberikan oleh guru. Justeru itu, bekalan buku rujukan yang dibekalkan adalah terhad dan menyukarkan beliau untuk mengulangkaji pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas terdapatnya PI1M di Pekan Lenga, kini beliau mudah untuk mendapatkan pelbagai kemudahan seperti mencetak, fotostat dan lain-lain lagi. Petugas mengadakan kelas ICT kepada beliau untuk memperkenalkan penggunaan internet dan Microsoft office. Beliau diberikan tunjuka ajar untuk mencari nota tambahan dan mengulangkaji pelajaran. Dengan adanaya PI1M Pekan Lenga, ia memudahkan beliau untuk menambah pengetahuan dari segi ICT, dan pembelajaran. 

Nama  : Tee Tai Zhong

Umur  : 9 tahun

Ahli     : 2016

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar  di Sek Jenis Kebangsaan (C) Lenga. Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Aktif dalam sukan dan aktiviti sekolah. Beliau seorang yang rajin dan ringan tulang. Beliau juga suka menolong guru-guru dan kawan sekelasnya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengenali PI1M Pekan Lenga, beliau tidak mengetahui cara untuk menggunakan komputer. Beliau juga sering kali menghadapi masalah untuk mencari maklumat atau nota tambahan dalam pembelajaran. Disamping itu, beliau juga mengalami masalah untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word. Hal ini, menyukarkan beliau untuk membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas terdapatnya PI1M di Pekan Lenga, beliau kini sudah mahir dalam menggunakan komputer dan Microsoft Office. Ini kerana, beliau memasuki kelas asas komputer yang diajar oleh petugas PI1M kepada beliau. Beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja sekolah dan menaip dengan pantas. Selain itu, beliau juga mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan seperti fotostat,kelas asas komputer dan lain-lain.

Gambar Disini

Nama  : Siti Zainab binti Serin

Umur  : 46 tahun

Ahli     : 2017

Latar belakang

Pn.Siti Zainab merupakan seorang surirumah  sepenuh masa. Beliau kini berniaga secara sambilan dengan menjual karipap frozen. Karipap frozen yang dibuat adalah adunan dari beliau sendiri. Beliau menjual dengan menghantar ke kedai dan menerima tempahan untuk karipap frozen yang telah siap digoreng. Beliau juga menjual secara ‘online’ dan ‘offline’.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 

Sebelum menggunakan kemudahan ICT samada di PEDi atau kelas usahawan, beliau hanya menjual dan menerima tempahan dari keluarga, jiran dan kenalan. Beliau mempromosikan melalui facebook dan whatsapp untuk menerima tempahan dan pesanan dari pelanggan. Beliau hanya menjual sekitar kawasan Mukim Lenga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kemudahan ICT yang tersedia meluas dan dorangan dari PEDi Pekan Lenga. Beliau menghadiri kelas usahawan yang dianjurkan oleh pihak PEDi untuk meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan komputer dan media sosial.Kini kedai beliau mula mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakkan dengan teknik mempromosikan secara dalam talian ataupun secara langsung. Beliau juga diajar cara untuk menggunakan facebook, whatsapp,Instagram dan emel untuk memudahkan beliau mempromosikan produk. Selain itu, beliau diajar cara untuk membuat suntingan gambar untuk mencantikkan gambar dan menarik perhatian pelanggan.Oleh itu, jumlah pendapatan beliau kian meningkat dari semasa ke semasa dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat dan kawasan yang berhampiran.

Nama  : Ruvaina binti Abd Karim

Umur  : 32 tahun

Ahli     : 2015

Latar belakang

Pn. Ruvaina meniaga secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis-jenis barangan dan membuat kuih tart. Pelbagai produk yang beliau jual antaranya t-shirt budak, telekung, tempahan kuih tart dan pelbagai jenis produk lagi. Beliau meniaga secara online untuk menambah pendapatan dan mencari peluang untuk berniaga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan kemudahan ICT di PEDi ataupun secara dalam talian.Beliau hanya mempromosikan ataupun membuat hebahan hanya dalam Facebook dan Whatsapp. Menjual dikalangan ahli keluarga, jiran dan kenalan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kemudahan ICT yang diberikan dan disediakan dari PEDi Pekan Lenga.Kini beliau dapat memperkenalkan produk atau tempahan membuat kuih.  Beliau dengan menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti, Kelas Keusahawanan dan Kelas Fotografi untuk memberikan beliau lebih banyak peluang untuk menjadi usahawan dan bagi menambah pendapatan beliau. Hal ini juga,boleh meningkatkan kemahiran beliau untuk mempromosikan dalam media sosial dengan betul dan caption yang bersesuai dengan gambar yang beliau memuat naik. Mendapat sambutan dari komuniti setempat dan meningkatkan hasil jualan beliau.

Nama  : Norhayati binti Ja'far

Umur  : 44 tahun

Ahli     : 2016

 

Latar belakang

Pn. Norhayati merupakan seorang isteri dan ibu kepada enam orang anak yang terdiri daripada 2 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Membuat perniagaan secara sambilan bagi menambah pendapatan dan minat dalam perniagaan . Memcuba bidang baru untuk meningkatkan hasil pendapatan dan pengalaman dalam perniagaan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan kemudahan ICT samada di PEDi ataupun dimana jua,Pn. Norhayati hanya menerima tempahan daripada ahli keluarga, jiran dan kenalan beliau. Beliau juga hanya mempromosikan hasil tangan beliau dan barangan yang dijual dengan memuat naik gambar dalam facebook dan Instagram sahaja tapi masih belum mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kemudahan ICT yang tersedia meluas dan dorangan dari PEDi Pekan Lenga. Kini Pn. Norhayati telah diberikan peluang untuk mempelajari cara untuk mempromosikan barang yang beliau reka atau jahit serta menjual barangan lain dengan memuat naik gambar di Facebook dan Instagram dengan meletakkan caption yang bersesuai serta memuat naik gambar di Aplikasi Dashboard Komuniti dalam Myshop. Dengan ini, dapat menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang melihat hasil jualan ataupun handmade Pn.Norhayati dan komuniti setempat lebih mengenali perniagaan yang dijalankan dan dapat menambah pendapatan beliau.