Nama | : Muhammad Irfan Zafri bin Ahmad Razi |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di SMK Sultan Alauddin Riayar Shah 1Pagoh dan akan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Beliu juga merupakan pelajar yang aktif dalam akademik dan kokurikulum. Justeru itu, beliau mengambil peluang untuk mempelajari ICT di PI1M Pekan Lenga sebagai tempat mencari bahan rujukan , nota dan soalan – soalan peperiksaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengenali PI1M Pekan Lenga, beliau hanya menggunakan buku rujukan dn soalan yang diberikan oleh guru. Justeru itu, bekalan buku rujukan yang dibekalkan adalah terhad dan menyukarkan beliau untuk mengulangkaji pelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas terdapatnya PI1M di Pekan Lenga, kini beliau mudah untuk mendapatkan pelbagai kemudahan seperti mencetak, fotostat dan lain-lain lagi. Petugas mengadakan kelas ICT kepada beliau untuk memperkenalkan penggunaan internet dan Microsoft office. Beliau diberikan tunjuka ajar untuk mencari nota tambahan dan mengulangkaji pelajaran. Dengan adanaya PI1M Pekan Lenga, ia memudahkan beliau untuk menambah pengetahuan dari segi ICT, dan pembelajaran.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/264-celik-it-muhammad-irfan-zafri-bin-ahmad-razi#sigFreeId54fa3fc2c6