Nama : Nur Hazwani bin Abd Majid Umur : 32 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Cik Nur Hazwani meniaga secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan dikalangan ahli keluarga, jiran-jiran dan juga kawn-kawan. Menjual kek roll merupakan salah satu cara untuk menambah pendapatan dan memberikan peluang kepada beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kek Roll beliau merupakan kek turun- temurun dari emaknya. Oleh itu, beliau ingin memperluaskan jualan kek itu disekitar komuniti tempat beliau ataupun diluar kawasan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan kemudahan ICT di PEDi ataupun secara dalam talian, Beliau hanya mempromosikan ataupun membuat hebahan hanya dalam Facebook dan juga Whatsapp dengan menjual kepada kenalan rapat. Ketika itu, komuniti setempat belum mengenali Kek Roll beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kemudahan ICT yang diberikan dan disediakan dari PEDi Pekan Lenga.Kini beliau dapat memperkenalkan Kek Roll beliau dengan menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti, Kelas Keusahawanan dan Kelas Fotografi untuk memberikan beliau lebih banyak peluang untuk menjadi usahawan dan bagi menambah pendapatan beliau. Hal ini juga,boleh meningkatkan kemahiran beliau untuk mempromosikan dalam media sosial dengan betul dan caption yang bersesuai dengan gambar yang beliau memuat naik. Kini Kek Roll beliau yang diberikan nama Kek Banji Roll Mak Yah Bakery pendapat sambutan dari komuniti setempat dan meningkatkan hasil jualan beliau.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIdd462598b61
Nama : Noor Irfan Danial bin Muhammad Afdhal Umur : 14 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Pelajar tingkatan tiga di Sek Men Keb Batu 27 Lenga, Muar. Anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik. Merupakan pelajar yang aktif dalam bidang Akademik dan Kokurikulum. Mewakili sekolah dalam acara bola sepak dan bola baling peringkat sekolah. Seorang yang aktif, rajin dan suka mengulangkaji pelajaran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengenali PI1M Pekan Lenga, beliau sering kali menghadapi masalah untuk melayari internet kerana faktor jauh dari rumah untuk ke cyber café tersebut. Menyukarkan beliau mencari bahan rujukan ataupun latihan untuk mengulangkaji pelajaran. Beliau juga berhadapan dengan kadar caj yang dikenakan agar mahal dan tiada kemudahan yang disediakan di cyber café tersebut. Beliau mennghadapi masalah untuk menyiap kerja sekolah ataupun kerja kursus yang diberikan oleh gurunya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas terdapatnya PI1M di Pekan Lenga, kini beliau mudah untuk mendapatkan pelbagai kemudahan seperti mencetak, fotostat dan lain-lain lagi. Beliau juga diberikan tunjuk ajar dalam kelas yang diadakan di PI1M Pekan Lenga dan dapat memberikan pengetahuan yang meluas mengenai kegunaan komputer dan internet serta memudahkan untuk beliau membuat kerja sekolah ataupun kerja kursus yang diberikan oleh gurunya. Memberikan peluang kepada beliau untuk lebih mengenali kegunaan internet dan asas komputer yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan beliau dalam era teknologi pada hari ini.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIdb3bbf1ca24