Nama : Nur Hazwani bin Abd Majid Umur : 32 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Cik Nur Hazwani meniaga secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan dikalangan ahli keluarga, jiran-jiran dan juga kawn-kawan. Menjual kek roll merupakan salah satu cara untuk menambah pendapatan dan memberikan peluang kepada beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kek Roll beliau merupakan kek turun- temurun dari emaknya. Oleh itu, beliau ingin memperluaskan jualan kek itu disekitar komuniti tempat beliau ataupun diluar kawasan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan kemudahan ICT di PEDi ataupun secara dalam talian, Beliau hanya mempromosikan ataupun membuat hebahan hanya dalam Facebook dan juga Whatsapp dengan menjual kepada kenalan rapat. Ketika itu, komuniti setempat belum mengenali Kek Roll beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kemudahan ICT yang diberikan dan disediakan dari PEDi Pekan Lenga.Kini beliau dapat memperkenalkan Kek Roll beliau dengan menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti, Kelas Keusahawanan dan Kelas Fotografi untuk memberikan beliau lebih banyak peluang untuk menjadi usahawan dan bagi menambah pendapatan beliau. Hal ini juga,boleh meningkatkan kemahiran beliau untuk mempromosikan dalam media sosial dengan betul dan caption yang bersesuai dengan gambar yang beliau memuat naik. Kini Kek Roll beliau yang diberikan nama Kek Banji Roll Mak Yah Bakery pendapat sambutan dari komuniti setempat dan meningkatkan hasil jualan beliau.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/203-keusahawanan-cik-nor-hazwani-binti-abd-majid#sigFreeIdd462598b61