Nama : Siti Zainab binti Serin
Umur : 46 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Pn.Siti Zainab merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau kini berniaga secara sambilan dengan menjual karipap frozen. Karipap frozen yang dibuat adalah adunan dari beliau sendiri. Beliau menjual dengan menghantar ke kedai dan menerima tempahan untuk karipap frozen yang telah siap digoreng. Beliau juga menjual secara ‘online’ dan ‘offline’.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan kemudahan ICT samada di PEDi atau kelas usahawan, beliau hanya menjual dan menerima tempahan dari keluarga, jiran dan kenalan. Beliau mempromosikan melalui facebook dan whatsapp untuk menerima tempahan dan pesanan dari pelanggan. Beliau hanya menjual sekitar kawasan Mukim Lenga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kemudahan ICT yang tersedia meluas dan dorangan dari PEDi Pekan Lenga. Beliau menghadiri kelas usahawan yang dianjurkan oleh pihak PEDi untuk meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan komputer dan media sosial.Kini kedai beliau mula mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakkan dengan teknik mempromosikan secara dalam talian ataupun secara langsung. Beliau juga diajar cara untuk menggunakan facebook, whatsapp,Instagram dan emel untuk memudahkan beliau mempromosikan produk. Selain itu, beliau diajar cara untuk membuat suntingan gambar untuk mencantikkan gambar dan menarik perhatian pelanggan.Oleh itu, jumlah pendapatan beliau kian meningkat dari semasa ke semasa dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat dan kawasan yang berhampiran.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/237-keusahawan-pn-siti-zainab-binti-serin#sigFreeIdfcdb79072d