Tarikh | : 6 SEPTEMBER 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Tabika Kemas Kg Jawa |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari cara membuat mangkuk kertas dengan menggunakan bahan-bahan seperti keratan surat khabar, gam, air dan belon. Selain itu, kelas ini juga memberikan daya kreativiti untuk pelajar untuk membuat mangkuk kertas dengan mudah dan selamat.
Aktiviti
Aktiviti yang dimulakan bersama pelajar adalah dengan diberikan penerangan oleh petugas Pusat Internet cara untuk membuat mangkuk kertas dari step pertama hingga step terakhir. Pelajar dikehendaki meniup belon dalam keadaan sederhana besar supaya memudahkan untuk membentuk mangkuk tersebut. Seterusnya, ambil kertas surat khabar yang telah dipotong dengan membasahkan kertas tersebut dengan air dan meletakkan gam diatas belon untuk memudahkan keratan surat khabar lekat. Tampalkan keratan surat kkhabar dengan menetupi bahagian belon dengan separuh bahagia dan ulang kaedah itu dengan padat untuk membentuk mangkuk kertas tersebut.Akhirnya, pelajar dapat membentuk semangkuk kertas yang kreatif dan cantik.