Tarikh | : 25 Oktober 2018 |
Masa | : 08.30 pagi - 01.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lenga |
Peserta | : 16 orang |
Tujuan
Program yang diadakan adalah bersama-sama pelajar lepasan UPSR Sek Keb Felda Lenga Bt 27. Program ini dihadiri seramai 16 orang pelajar yang mengikuti Program Advokasi Klik Dengan Bijak. Program ini bertujuan untuk pelajar memperoleh pengetahuan dalam menggunakan internet dengan betul dan selamat. Pelajar diberikan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak dengan modul-modul untuk pelajar berhati-hati dalam penggunaan internet.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah senam aerobik. Lepas itu, mini explorace KDB yang dibahagikan dalam satu kumpulan. Seterusnya,taklimat KDB yang terbahagi beberapa modul antaranya ialah maklumat palsu,buli siber, penipuan kewangan dan perkongsian berlebihan. Selain itu, aktiviti diteruskan dengan puzzle, bingo KDB, radio buruk KDB dan cabaran makan biskut dengan hanya menggerakan menggunakan muka sahaja.