Tarikh : 16 Disember 2018
Masa : 08.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 65 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan in adalah Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Pekan Lenga. Seramai 65 orang peserta yang hadir pada program tersebut. Tujuan program ini adalah untuk mengalakkan komuniti untuk sentiasa peka pada tahap kesihatan dan membuat saringan ujian kesihatan di Pusat Internet. Selain itu, program ini juga akan membolehkan Doktor dan Pegawai-pegawai perubatan untuk berkongsi cara penjagaan kesihatan yang betul dan langkah untuk mencegah penyakit. Seterusnya, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) untuk komuniti lebih berhati-hati dalam penggunann internet terutama cerita-cerita viral di media sosial. 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dijalan pada hari tersebut antaranya zumba bersama komuniti. Selain itu, taklimat penjagaan gigi oleh Dr.Norisma binti Ismail dari Klinik Kesihatan Lenga dan tips penjagaan gigi yang betul. Seterusnya, aktiviti demokan masakan menu sihat iaitu muffin telur oleh cikgu-cikgu KEMAS Pagoh. Pertandingan mewarna bersama keluarga dan pertandingan kuiz online Jom Sihat. Disamping itu, pertandingan Dashboard Komuniti seperti post artikel kesihatan dalam mykomuniti dan plot kemudahan klinik dan farmasi disekitar Mukim Lenga. Aktiviti tambahan adalah pertandingan Abang dan Akak Sado untuk mengeratkan lagi hubungan diantara komuniti dan petugas Pusat Internet. Akhir sekali, majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Gambar Disini