Tarikh | :22 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 06.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk pelajar mempelajari cara untuk membuat surat jemputan secara formal dan tidak formal. Oleh itu, pelajar menggunakan microsoft word untuk membuat surat jemputan. Seterusnya, petugas memberikan tunjuk ajar penggunaan format yang sesuai untuk membuat surat jemputan yang betul dan tertib.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menaip contoh surat jemputan. Seterusnya, mempelajari cara menggunakan format surat yang betul. Pelajar diajar cara untuk memasukkan ayat atau isi yang bersesuai di dalam surat tersebut. Akhir sekali, setiap pelajar diminta untuk menyiapkan tugasan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar cara membuat surat jemputan dengan betul dan tepat.