Tarikh :28 Januari 2019
Masa : 02.00 petang - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lenga
Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan ini dihadiri seramai 20 orang pelajar dan termasuk 5 orang guru dari PDK Lenga ( Pemulihan Dalam Komuniti). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar istimewa untuk mempelajari E-pembelajaran secara online, kreatif dan inovatif. Dengan cara ini, akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari pembelajaran secara baharu dan meningkatkan kemahiran berfikir secara spontan. Selain itu, program ini juga akan membolehkan pelajar tersebut mempelajari asas ICT secara lebih jelas dan tepat. Seterusnya, taklimat mengenai KDB (Klik Dengan Bijak) untuk pelajar lebih berhati-hati dalam menggunakan internet dan telefon bimbit di media sosial dan lain-lain.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalan adalah taklimat KDB. Seterusnya, pengenalan asas ICT dan perkakasan komputer. Selain itu, pelajar mempelajari cara asas untuk penggunaan internet dengan tepat dan betul. Pelalajar juga bermain game secara indoor seperti sepit-sepit sayang, simpulan kasih dan cantum-cantum. Akhir sekali, majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pelajar.

Gambar Disini