Tarikh | :26 Februari 2019 |
Masa | : 09.00 pagi - 04.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini untuk pelajar mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Excel. Pelajar diajar cara untuk membuat kira-kira dengan menggunakan formula yang ada dalam Microsoft Excel. Selain itu, pelajar diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan tools dan formula yang ada dalam Microsoft Excel. Seterusnya, pelajar diberikan taklimat mengenai modul Klik Dengan Bijak. Petugas menyampaikan dan membuat tayangan video berkaitan modul Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah dengan membuat latihan dan pengiraan dalam Microsoft Excel. Pelajar membuat pengiraan dan graf berdasarkan maklumat yang pelajar isi di dalam Microsoft Excel. Pelajar juga membuat pengiraan secara asas dengan menggunakan formula dan memudahkan untuk pelajar membuat pengiraan secara manual. Latihan yang diberikan akan lebih memudahkan untuk pelajar faham cara untuk menggunakan Microsoft Excel secara asas. Seterusnya, pelajar mendengar penerangan mengenai modul Klik Dengan Bijak (KDB). Antara modulnya ialah maklumat palsu, penipuan kewangan, perkongsian berlebihan dan buli siber. Aktiviti menjawab kuiz bersama pelajar akan memudahkan untuk pelajar lebih faham dan berhat-hati dalam menggunakan internet dengan selamat dan betul.