Tarikh :19 Mac 2019
Masa : 02.00 petang - 04.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Kelas yang dihadiri ini seramai 16 orang pelajar termasuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan bersama pelajar dan petugas. Kelas pertama dimulakan dengan modul mykomuniti. Tujuan kelas tersebut adalah memberikan penerangan kepada pelajar cara untuk memuatnaik artikel di dalam mykomuniti. Selain itu, petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar untuk mencari atau berkongsi maklumat di dalam mykomuniti. Kelas diteruskan dengan modul myplace. Dimana modul tersebut memberikan peluang kepada pelajar untuk melabelkan kedai, tempat menarik, penginapan dan pengangkutan di dalam peta. Dengan ini, memudahkan untuk komuniti untuk mencari atau melihat tempat2 dan kemudahan yang ada dalam Mukim Lenga.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar memuatnaik artikel di dalam mykomuniti. Seterusnya, memuatnaik artikel mengenai maklumat kesihatan,penggunaan internet dan KDB. Aktiviti diteruskan dengan pelajar melabelkan tempat dan kemudahan yang ada dalam Mukim Lenga. Aktiviti ini memberikan kefahaman kepada pelajar cara untuk menggunakan modul tersebut.

Gambar Disini