Tarikh : 29 Mac 2019
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 3 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk pelajar mempelajari cara asas penggunaan untuk menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint. Kelas dimulakan dengan sesi pembelajaran Asas Microsoft Word. Pelajar dikenalkan kegunaan tools yang ada dalam Microsoft Word dan cara untuk menggunakannya. Kelas diteruskan dengan mempelajari Asas Microsoft Powerpoint. Pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menggunakan tools dan cara untuk membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menggunakan Microsoft Word. Pelajar diberikan latihan cara untuk membuat surat, membuat resume dan minit mesyuarat. Latihan yang diberikan ini akan dapat memberikan kefahaman kepada pelajar. Seterusnya, diadakan latihan untuk membuat pembentangan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Pelajar juga diberikan tunjuk ajar cara untuk memasukkan video dan suntingan gambar menggunakan Microsoft Powerpoint.

Gambar Disini