Tarikh | : 5 APRIL 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 04.00 petang |
Lokasi | : Dataran Liang Batu, Lenga |
Peserta | : 37 orang |
Tujuan
Program diadakan adalah bertujuan memberikan peluang kepada komuniti untuk mengenali Pusat Internet tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk komuniti menggunakan. Selain itu, program ini juga, memberikan peluang kepada komuniti untuk mendaftar sebagai ahli PI, KDB dan pemeriksaan kesihatan. Disamping itu, Pusat Internet membuka kaunter untuk mendaftar Kad Sihat Johor anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Bukit Kepong.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pendaftaran. Seterusnya, penerangan tentang modul dalam KDB mengenai maklumat palsu. Untuk memastikan berita yang diterima itu sahih atau tidak dan melayari web SEBENARNYA.MY. Disamping itu, pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran Kad Sihat Johor.