Tarikh : 23 Mei 2019
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 13 orang

 

Tujuan

Seramai 13 orang pelajar dari Tabika Kemas kg Jawa. Kelas yang diadakan ini berkonsepkan pembelajaran yang baru dengan menggunakan komputer. Oleh itu,para pelajar diberikan pendedahan yang asas untuk mereka mengetahui cara untuk menggunakan komputer dan ICT secara mudah. Pelajaran dalam online merupakan pendekatan yang mudah dan menarik minat pelajar untuk lebih faham.

Aktiviti

Aktiviti yang diadakan bersama pelajar adalah pembelajaran secara online dalam web ABCYA. ABCYA merupakan web yang sesuai untuk para pelajar terutama pra sekolah atau tabika kemas untuk mendedahkan awal dalam ICT. Oleh itu , para pelajar dikenalkan dengan membuat sambungan huruf A hingga Z dan akan terhasil satu gambar rajah tersebut dan memperoleh markah. Seterusnya, mengira jumlah ikan yang terdapat dalam permainan tersebut dan akan memperoleh markah serta pemenang. Dengan cara ini,akan menarik minat para pelajar.

Gambar Disini