Tarikh | : 11 Julai 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Tabika Kemas Kg Jawa |
Peserta | : 12 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramai 12 orang pelajar dari Tabika Kemas Kg Jawa. Tujuan kelas diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar dengan pembelajaran secara video dan juga kemahiran. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang diadakan untuk pelajar antaranya ialah K-HEX GAME dan Tayangan video nyanyian.
Aktiviti
Aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar adalah permainan K-HEX Game. Permainan adalah untuk memberikan para pelajar berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan rupa diatas papan tersebut. Kemahiran ini akan meningkatkan daya kreativiti para pelajar. Seterusnya, tayangan video berserta gerakan badan dan menyanyi bersama pelajar. Ini membolehkan pelajar akan lebih memahami secara mudah dengan pergerakan dan menyanyi dengan menonton video yang ditayangkan.