Tarikh : 14 Ogos 2019
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 24 orang

 

Tujuan

Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru dari PDK (Pemulihan Dalam Komuniti). Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar dan guru mengenai KDB (Klik Dengan Bijak). Advokasi KDB mempunyai beberapa modul antaranya adalah maklumat palsu, buli siber, penipuan kewangan dan perkongsian lebihan. Dengan adanya kelas KDB ini akan meningkatkan pengetahuan dan cara untuk mengatasi sekiranya terdapat penipuan atau menyebar berita yang tidak sahih.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti teka silang kata KDB.Permainan teka silang kata ini dilakukan dalam kumpulan dimana setiap soalan dan jawapan adalah berdasarkan penerangan mengenai KDB yang dipantau oleh setiap guru PDK disetiap kumpulan. Seterusnya, aktiviti bingo KDB, aktiviti ini sama permainan bingo nombor tapi dibuat dalam perkataan seperti maklumat palsu, buli siber dan lain-lain. Aktiviti akan mengingatkan para pelajar dan guru mengenai konsep dan taklimat KDB.

Gambar Disini