Tarikh | : 3 Oktober 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lenga |
Peserta | : 19 orang |
Tujuan
Program yang dijalankan adalah program untuk pelajar lepasan UPSR Sek Keb Kampong Bharu Lenga. Program ini dihadiri seramai 19 orang pelajar. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar seperti taklimat KDB & Mobile E-waste, permainan bingo KDB, permainan Si Peka dan Bisu,puzzle KDB daN Word Seacrh KDB. Aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan internet dan nilai-nilai murni dalam berkumpulan.
Aktiviti
Aktiviti yang dilakukan adalah senam aerobik dan zumba untuk para pelajar. Seterusnya, permainan Si Buta & Bisu dimana permainan adalah untuk melihat kerjasama dan kepekaan mendengar arahan dari seorang ahli kumpulan yang menjadi bisu yang memberi arahan dengan hanya membuat tepukan atau hentakkan untuk memberi arahan untuk melangkah dan berjalan, malah ahli kumpulan yang buta haruslah peka dengan arahan untuk tersebut supaya berjaya sampai ke garisan penamat. Selain itu, permainan Bingo KDB, Puzzle KDB, Quizizz dan Word Search KDB. Diteruskan dengan taklimat KDB dan tayangan video berkaitan modul dan cara penggunaan internet dengan betul bagi melahirkan para pelajar yang celik ICT dan bijak dalam membuat tindakan dalam pengguan internet. Akhir sekali, sesi penyampaiam hadiah dan sijil untuk para pelajar.