Tarikh | : 20 Oktober 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : SMK Munshi Ibrahim Labis |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan
Program yang dijalankan adalah untuk pelajar PT3 SMK Munshi Ibrahim, Labis. Pengisian program ini adalah para pelajar bijak dalam menggunakan internet dengan cara betul dan berhemah. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama para pelajar seperti taklimat KDB,tayang video dan permainan secara berkumpulan. Petugas Pusat Internet memberikan taklimat KDB melalui berapa modul berkaitan dengan kesedaran dalam kehidupan seperti maklumat palsu, penipuan kewangan, buli siber dan perkongsian lebihan. Dengan taklimat akan melahirkan pelajar yang celik ICT.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti disediakan seperti, taklimat KDB dan tayang video. Seterusnya, permaianan musang berjanggut, bingo KDB, tali wonderpet dan radio karat. Permainan secara berkumpulan akan meningkat nilai-nilai murni kepada para pelajar seperti kerjasama, tolak ansur, toleransi dan lain-lain. Aktiviti sedikit sebanyak dapat memberikan kesegaran kepada para pelajar.Akhir sekali, penyampaian hadiah untuk para pelajar.