Tarikh | : 9 November 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Sek Keb Pekan Pagoh |
Peserta | : 26 orang |
Tujuan
Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh. Seramai 26 orang pelajar lepasan UPSR. Program advokasi yang diadakan ini memberikan kesedaran dan taklimat kepada pelajar tentan penggunaan internet, telefon pintar dan media sosial. Oleh itu, taklimat dan video KDB seperti maklumat palsu, buli siber, perkongsian berlebihan dan penipuan internet. Selain itu, penerangan tentan Mobile E-waste dan Check Your Label.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah kuiz KDB, perkataan dalam perkataan, perkataan terbalik, likaran bulatan, bingo KDB dan radio karat. Setiap aktiviti tersebut diadakan dalam kumpulan dan markah akan dikumpul untuk penilaian teakhir. Aktiviti seperti perkataan dalam perkataan dimana pelajar perlu kreatif dan berfikir untuk membuat perkataan lain dengan mengembangkan perkataan tersebut. Selain itu, perkataan terbalik pula pelajar perlu meneka dan menulis semula perkataan tersebut. Secara tidak langsung akan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar contohnya kerjasama dan tidak pentingkan diri. Aktiviti ini juga akan memberikan kefahaman yang jelas cara penggunaan internet dengan tidak mudah mempercayai berita atau ganjaran yang diberikan.