PERKHIDMATAN BOT PENAMBANG
Bot penambang telah beroperasi sejak 60 tahun yang lalu sebagai kemudahan pengangkutan kepada penduduk Lenga ke Kundang Ulu yang hanya dipisahkan oleh sungai Muar. Pada saat awal bot penambang beroperasi, bot penambang hanya menggunakan perahu kecil dan pendayung. Kini perubahan telah dilakukan apabila sekarang bot penambang tidak lagi menggunakan perahu kecil dan pendayung tetapi menggunakan enjin yang mampu membawa lebih ramai penumpang. Lebih ramai penumpang dari Lenga gemar menggunakan perkhidmatan bot penambang yang hanya memerlukan 5 minit sahaja berbanding menggunakan jalan raya yang memakan masa selama setengah jam.
Harga untuk tambang bot penambang sangat berpatutan iaitu RM1 (pergi/balik) untuk semua lapisan umur serta terdapat juga perkhidmatan bagi penumpang yang ingin membawa motosikal. Bot penambang juga sering mendapat kunjungan daripada pelancong asing ataupun warga tempatan yang ingin merasai pengalaman menaiki bot penambang serta boleh menyusuri sungai Muar dengan kadar bayaran berlainan. Waktu operasinya adalah setiap hari dan waktu perjalanan juga telah ditetapakan oleh pihak pengemudi bot penambang.
http://pekanlenga.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/130-bot-penambang#sigFreeId7fbafc7cb3