Tarikh :23 Februari 2019
Masa : 08.30 pagi - 01.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lenga
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Bengkel yang dijalankan ini dihadiri seramai 10 orang usahawan dari sekitar komuniti di Mukim Lenga. Bengkel Shopee yang diadaakan adalah untuk usahawan mempelajari  platform online untuk para usahawan menjual produk mereka di dalam shopee. Selain itu, peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk menjual dan memasarkan produk mereka di cara yang betul dan selamat. Peserta diberikan penerangan cara untuk menggunakan platform shopee bagi pertama kali mendaftar sebagai penjual dalam shopee.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah mendaftar sebagai penjual shopee. Penerangan dan syarat untuk menjual dalam shopee. Seterusnya, mengisi butiran nama kedai, jenis produk dan harga produk. Mempelajari cara untuk memuat naik gambar produk dalam kedai online. Akhirnya, cara untuk memasarkan produk dalam shopee.

Gambar Disini

Tarikh :22 Februari 2019
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan adalah untuk pelajar mempelajari asas Mircrosoft Word dan Powerpoint. Seramai 3 orang pelajar yang menyertai kelas ICT di Pusat Internet Pekan Lenga. Seterusnya, pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menggunakan Microsoft Word seperti kegunaan-kegunaan tools yang ada dalam Microsoft Word. Pelajar juga diberikan tunjuk ajar cara untuk menaip dalam Microsoft Word. Disamping itu, pelajar mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint. Pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menggunakan dan membuat pembentangan dalam Microsoft Powerpoint.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar menaip secara pantas. Selain itu, pelajari cara untuk membuat surat rasmi dan resume menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, pelajar membuat tugasan dengan membuat pembentangan berdasarakan tajuk yang diberikan. Pelajar juga diberikan tunjuk ajar cara memasukkan gambar dan video dalam Microsoft Powerpoint.

Gambar Disini

Tarikh :28 Januari 2019
Masa : 02.00 petang - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lenga
Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan ini dihadiri seramai 20 orang pelajar dan termasuk 5 orang guru dari PDK Lenga ( Pemulihan Dalam Komuniti). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar istimewa untuk mempelajari E-pembelajaran secara online, kreatif dan inovatif. Dengan cara ini, akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari pembelajaran secara baharu dan meningkatkan kemahiran berfikir secara spontan. Selain itu, program ini juga akan membolehkan pelajar tersebut mempelajari asas ICT secara lebih jelas dan tepat. Seterusnya, taklimat mengenai KDB (Klik Dengan Bijak) untuk pelajar lebih berhati-hati dalam menggunakan internet dan telefon bimbit di media sosial dan lain-lain.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalan adalah taklimat KDB. Seterusnya, pengenalan asas ICT dan perkakasan komputer. Selain itu, pelajar mempelajari cara asas untuk penggunaan internet dengan tepat dan betul. Pelalajar juga bermain game secara indoor seperti sepit-sepit sayang, simpulan kasih dan cantum-cantum. Akhir sekali, majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pelajar.

Gambar Disini

Tarikh : 21 Februari 2019
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini adalah untuk pelajar mempelajari asas menggunakan komputer dan internet. Pelajar diberikan asas untuk mengenal kompenan yang ada pada komputer. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk menggunakan internet dan pelayar yang boleh digunakan. Akhir sekali, pelajar cara untuk membuat akaun emel dan kelebihan dalam menggunakan emel untuk pelajar lebih mahir dalam membuat pesanan dan membalas peti masuk yang terdapat dalam emel.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar diberikan nota dan gambar untuk mengenali kompenan dan cara untuk menggunakannya. Seterusnya, pelajar diajarkan cara untuk menggunakan internet seperti pelayar web google chrome. Pelbagai maklumat dan bahan yang boleh digunakan oleh pelajar ketika melayari internet. Seterusnya, pelajar mempelajari cara untuk menggunakan emel seperti membuka akaun emel, membuka pintu masuk dan keluar, menyemak emel dan menghantar mesej dengan menggunakan emel.

Gambar Disini

 

Tarikh :22 Januari 2019
Masa : 02.00 petang - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk pelajar mempelajari cara untuk membuat surat jemputan secara formal dan tidak formal. Oleh itu, pelajar menggunakan microsoft word untuk membuat surat jemputan. Seterusnya, petugas memberikan tunjuk ajar penggunaan format yang sesuai untuk membuat surat jemputan yang betul dan tertib.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menaip contoh surat jemputan. Seterusnya, mempelajari cara menggunakan format surat yang betul. Pelajar diajar cara untuk memasukkan ayat atau isi yang bersesuai di dalam surat tersebut. Akhir sekali, setiap pelajar diminta untuk menyiapkan tugasan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar cara membuat surat jemputan dengan betul dan tepat.

Gambar Disini