Tarikh : 29 Mac 2019
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 3 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk pelajar mempelajari cara asas penggunaan untuk menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint. Kelas dimulakan dengan sesi pembelajaran Asas Microsoft Word. Pelajar dikenalkan kegunaan tools yang ada dalam Microsoft Word dan cara untuk menggunakannya. Kelas diteruskan dengan mempelajari Asas Microsoft Powerpoint. Pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menggunakan tools dan cara untuk membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menggunakan Microsoft Word. Pelajar diberikan latihan cara untuk membuat surat, membuat resume dan minit mesyuarat. Latihan yang diberikan ini akan dapat memberikan kefahaman kepada pelajar. Seterusnya, diadakan latihan untuk membuat pembentangan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Pelajar juga diberikan tunjuk ajar cara untuk memasukkan video dan suntingan gambar menggunakan Microsoft Powerpoint.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Mac 2019
Masa : 08.00 pagi - 02.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 186 orang

 

Tujuan

Program Hari Terbuka Pusat Internet Pekan Lenga diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara Pusat Internet dan komuniti setempat. Selain itu, akan mewujudkan kerjasama dengan agensi dan komuniti setempat. Seterusnya, dengan adanya program seperti ini akan memberikan kesedaran ICT kepada komuniti dengan memperkenalkan pelbagai program, latihan serta bengkel berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) .  

Aktiviti

Aktiviti awal yang dijalankan adalah pada 19 Mac 2019. Aktiviti tersebut melibatkan 16 orang pelajar.Antara pertandingan yang dijalankan adalah memuatnaik artikel dalam mykomuniti, melabelkan tempat menarik, penginapan dan perkhidmatan dalam myplace, review atau melihat produk yang ada dalam myshop, taklimat dan tayangan slide dan video KDB dan pertandingan Quiziz KDB.

aktiviti diteruskan pada 20 Mac 2019 bersama komuniti setempat/.ana aktiviti yang dijalankan adalah senam aerobik bersama komuniti dan para pelajar yang ketuai oleh petugas PDK dan Pusat Internet Felda Lenga.

Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Mewarna untuk pelajar tabika kemas. Aktiviti mewarna ini adalah untuk para pelajar mengenali kompenan asas THM Pagoh. Aktiviti ini adalah untuk memupuk kemahiran KDB kepada para pelajar. Antara check point ialah arahan mendengar,tapak kaki KDB, likaran satu bulatan dan bingo KDB. Pertandingan musang berjannggut untuk para pelajar PDK dan acara sukaneka dewasa.

Aktiviti yang seterusnya adalah taklimat dari Klinik Kesihatan iatu Gaya Hidup Sihat dan diadakan kuiz online dengan Quizizz berkaitan taklimat yang disampaikan. Taklimat diteruskan daripada SPA iaitu Suruhajaya Perkhidmatan Awam. Taklimat SPA ini adalah bertujuan kepada para pelajar dan komuniti untuk persediaan temuduga jika mendapat tawaran dari SPA.  Disamping itu, diadakan taklimat KDB untuk para pelajar dan komuniti setempat. Taklimat ini disampaiakan oleh petugas Pusat Internet dan mengadakan pertandingan kuiz untuk para haidirin. 

Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan majlis perasmian Hari Terbuka Pusat Internet Oekan Lenga dari Penghulu Mukim Lenga En.Azhari bin Bidin. komputer.

Selain itu, diteruskan dengan pertandingan Explorace KDB bersama para pelajar UTHM Pagoh. Aktiviti ini adalah untuk memupuk kemahiran KDB kepada para pelajar. Antara check point ialah arahan mendengar,tapak kaki KDB, likaran satu bulatan dan bingo KDB. Pertandingan musang berjannggut untuk para pelajar PDK dan acara sukaneka dewasa.

Aktiviti yang seterusnya adalah taklimat dari Klinik Kesihatan iatu Gaya Hidup Sihat dan diadakan kuiz online dengan Quizizz berkaitan taklimat yang disampaikan. Taklimat diteruskan daripada SPA iaitu Suruhajaya Perkhidmatan Awam. Taklimat SPA ini adalah bertujuan kepada para pelajar dan komuniti untuk persediaan temuduga jika mendapat tawaran dari SPA.  Disamping itu, diadakan taklimat KDB untuk para pelajar dan komuniti setempat. Taklimat ini disampaiakan oleh petugas Pusat Internet dan mengadakan pertandingan kuiz untuk para haidirin. 

Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan majlis perasmian Hari Terbuka Pusat Internet Oekan Lenga dari Penghulu Mukim Lenga En.Azhari bin Bidin.

Gambar Disini

Tarikh :19 Mac 2019
Masa : 02.00 petang - 04.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Kelas yang dihadiri ini seramai 16 orang pelajar termasuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan bersama pelajar dan petugas. Kelas pertama dimulakan dengan modul mykomuniti. Tujuan kelas tersebut adalah memberikan penerangan kepada pelajar cara untuk memuatnaik artikel di dalam mykomuniti. Selain itu, petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar untuk mencari atau berkongsi maklumat di dalam mykomuniti. Kelas diteruskan dengan modul myplace. Dimana modul tersebut memberikan peluang kepada pelajar untuk melabelkan kedai, tempat menarik, penginapan dan pengangkutan di dalam peta. Dengan ini, memudahkan untuk komuniti untuk mencari atau melihat tempat2 dan kemudahan yang ada dalam Mukim Lenga.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelajar memuatnaik artikel di dalam mykomuniti. Seterusnya, memuatnaik artikel mengenai maklumat kesihatan,penggunaan internet dan KDB. Aktiviti diteruskan dengan pelajar melabelkan tempat dan kemudahan yang ada dalam Mukim Lenga. Aktiviti ini memberikan kefahaman kepada pelajar cara untuk menggunakan modul tersebut.

Gambar Disini

Tarikh :19 Mac 2019
Masa : 04.00 petang - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Seramai 16 orang yang menghadiri kelas Myshop dan Taklimat & Pertandingan KDB. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dan disertai oleh pelajar. Dimulakan dengan membuka Dashboard Komunoiti iaitu modul myshop. Dimana pelajar melihat produk yang dijual atau perkhidmatan yang ada dalam myshop.  Seterusnya, diteruskan dengan taklimat Klik Dengan Bijak. Petugas memberikan penerangan beberapa slide yang ada dalam KDB. 

Aktiviti

Aktiviti yang diadakan adalah melihat produk-produk yang ada dalam myshop. Melihat produk yang dijual dan cara untuk membuat pesanan dengan penjual. Seterusnya, aktiviti dijalankan dengan menayangkan slide KDB untuk pelajar. Antara tayangan slide tersebut adalah maklumat palsu, buli siber, perkongsian berlebihan dan penipuan kewangan. Selain itu, pelajar ditontonkan dengan video KDB. Seterusnya, diadakan pertandingan KDB dengan Quiziz secara online.

Gambar Disini

Tarikh :26 Februari 2019
Masa : 09.00 pagi - 04.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini untuk pelajar mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Excel. Pelajar diajar cara untuk membuat kira-kira dengan menggunakan formula yang ada dalam Microsoft Excel. Selain itu, pelajar diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan tools dan formula yang ada dalam Microsoft Excel. Seterusnya, pelajar diberikan taklimat mengenai modul Klik Dengan Bijak. Petugas menyampaikan dan membuat tayangan video berkaitan modul Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah dengan membuat latihan dan pengiraan dalam Microsoft Excel. Pelajar membuat pengiraan dan graf berdasarkan maklumat yang pelajar isi di dalam Microsoft Excel. Pelajar juga membuat pengiraan secara asas dengan menggunakan formula dan memudahkan untuk pelajar membuat pengiraan secara manual. Latihan yang diberikan akan lebih  memudahkan untuk pelajar faham cara untuk menggunakan Microsoft Excel secara asas. Seterusnya, pelajar mendengar penerangan mengenai modul Klik Dengan Bijak (KDB). Antara modulnya ialah maklumat palsu, penipuan kewangan, perkongsian berlebihan dan buli siber. Aktiviti menjawab kuiz bersama pelajar akan memudahkan untuk pelajar lebih faham dan berhat-hati dalam menggunakan internet dengan selamat dan betul.

Gambar Disini