Tarikh : 9 Julai 2019
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 12 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri seramai 12 orang pelajar dari Tabika Kemas Pekan Lenga. Kelas yang diadakan ini untuk para pelajar mahir dalam ICT. Selain itu, para pelajar mempelajari pembelajaran secara online dengan konsep yang mudah dan menarik. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menggunakan web ABCYA sebagai e-pembelajaran yang sesuai dengan para pelajar. Para pelajar mempelajari ABC dan nombor menggunakan konsep video dan gambar. Dengan cara ini, akan menarik minat pelajar untuk belajar dan celik ICT.

Gambar Disini

Tarikh : 15 Jun 2019
Masa : 02.00 petang - 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Dihadiri seramai 9 orang pelajar  untuk mengikuti kelas ICT di Pusat Internet. Kelas yang diadakan adalah untuk pelajar mempelajari cara untuk membuat kad hari raya menggunakan Canva. Disini para pelajar boleh memilih cara untuk membuat kad hari raya menggunakan kreativiti para pelajar. Tools dan bahan yang disediakan sangat memudahakn para pelajar mempelajarinya.

Aktiviti

Antara aktiviti yang para pelajar ikuti adalah membuat kad hari raya. Para pelajar memilih rekabentuk dan jenis kad hari raya yang bersesuaian. Para pelajar membuat mereka mengikuti kreativiti dengan menamabah gambar atau tulisan di kad tersebut. Dengan cara ini, para pelajar akan mahir dalam menggunakan komputer.

Gambar Disini

Tarikh : 23 Mei 2019
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 13 orang

 

Tujuan

Seramai 13 orang pelajar dari Tabika Kemas kg Jawa. Kelas yang diadakan ini berkonsepkan pembelajaran yang baru dengan menggunakan komputer. Oleh itu,para pelajar diberikan pendedahan yang asas untuk mereka mengetahui cara untuk menggunakan komputer dan ICT secara mudah. Pelajaran dalam online merupakan pendekatan yang mudah dan menarik minat pelajar untuk lebih faham.

Aktiviti

Aktiviti yang diadakan bersama pelajar adalah pembelajaran secara online dalam web ABCYA. ABCYA merupakan web yang sesuai untuk para pelajar terutama pra sekolah atau tabika kemas untuk mendedahkan awal dalam ICT. Oleh itu , para pelajar dikenalkan dengan membuat sambungan huruf A hingga Z dan akan terhasil satu gambar rajah tersebut dan memperoleh markah. Seterusnya, mengira jumlah ikan yang terdapat dalam permainan tersebut dan akan memperoleh markah serta pemenang. Dengan cara ini,akan menarik minat para pelajar.

Gambar Disini

Tarikh : 15 Jun 2019
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Seramai 9 orang yang mengikuti kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet. Kelas yang diadakan ini adalah memberi tunjuka ajar kepada pelajar cara untuk menyunting gambar dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Kaedah penyunting ini merupakan cara yang mudah dan cepat untuk pelajar belajar. Oleh itu, pelajar mengetahui asas cara untuk menyunting gambar.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah membuat suntingan gambar untuk kad hari raya. Pelajar mencari gambar yang ingin diletakkan dalam kad tersebut dan menyunting gambar dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Gambar Disini

Tarikh : 22 Mei 2019
Masa : 02.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lenga
Peserta : 13 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan ini adalah Program Semarak Ramadhan sempena Nuzul Al-Quran dan Advokasi Klik DEngan Bijal. Seramai 13 orang peserta yang terlibat dalam program tersebut. Program Nuzul Al-Quran ini merupakan salah satu cara untuk para peserta mendengar bacaan Ayat suci Al-Quran secara online. Seterusnya, para petugas Pusat Internet memberikan taklimat mengenai Advokaksi Klik Dengan Bijak & Sebenarnya.my.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada surah An-Nisa menerusi Al-Quran Online. Seterusnya, takzkirah ramadhan dari youtube. Selain itu, tayangan video KDB dan taklimat ringkas kempen Sebenarnya.my.

Gambar Disini