Tarikh : 21 Mei 2019
Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 13 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 13 orang pelajar Tabika Kemas Kg Jawa, Lenga. Pendedahan ICT sebagai asas kepada para pelajar. E-pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar adalah mewarna secara atas talian. Ini merupakan salah satu kaedah untuk menarik minat para pelajar. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah penerangan secara untuk menggunakan komputer. Seterusnya, aktiviti mewarna gambar kad raya dan lain-lain gambar. Aktiviti ini akan meningkatkan minat para pelajar untuk lebih mahir dalam menggunakan komputer. Para pelajar juga diberikan tunjuk ajar asas ICT dan penggunaan komputer yang mudah.

Gambar Disini

 

Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 08.30 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internte Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 3 orang pelajar. Kelas ini juga merupakan kelas Asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Pelajar mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan secara asas dan pengenalan untuk membuat kertas kerja dan menaip surat. Pelajar diberikan buku latihan sebagai bahan rujukan.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah menaip dengan pantas. Aktiviti akan memahirkan pelajar untuk menaip dengan secara cepat dan tepat serta akan menguatkan daya ingatan untuk pelajar. Seterusnya, membuat contoh minit mesyuarat dengan membuat format yang mudah. Selain itu, pelajar belajar cara untuk membuat kertas kerja atau karangan di dalam Microsoft Word dengan menggunakan fungsi yang ada dalam Microsoft Word

Gambar Disini

Tarikh : 5 APRIL 2019
Masa : 08.00 pagi - 04.00 petang
Lokasi : Dataran Liang Batu, Lenga
Peserta : 37 orang

 

Tujuan

Program diadakan adalah bertujuan memberikan peluang kepada komuniti untuk mengenali Pusat Internet tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk komuniti menggunakan. Selain itu, program ini juga, memberikan peluang kepada komuniti untuk mendaftar sebagai ahli PI, KDB dan pemeriksaan kesihatan. Disamping itu, Pusat Internet membuka kaunter untuk mendaftar Kad Sihat Johor anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Bukit Kepong.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pendaftaran. Seterusnya, penerangan tentang modul dalam KDB mengenai maklumat palsu. Untuk memastikan berita yang diterima itu sahih atau tidak dan melayari web SEBENARNYA.MY. Disamping itu, pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran Kad Sihat Johor.

Gambar Disini

Tarikh : 18 APRIL 2019
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internte Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

kelas yang diadakan ini dihadiri  seramai 3 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran para pelajaru untuk membuat kad, kelendar, buku program dan lain-lain. Para pelajar diajar cara untuk menggunakan Microsoft Publisher secara asas dengan membuat kalendar DIY. Justeru itu, para pelajar akan lebih mahir dan faham cara untuk menggunakan Microsoft Publisher.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah oleh para pelajar adalah membuat kalendar DIY. Para pelajar diajar cara untuk membuat kalendar dan membuat suntingan atau memasukkan gambar dalam kalendar. Selain itu, kalendar DIY yang dihasilkan oleh pelajar mengikut kreativiti dan idea para pelajar. Akhir sekali, para pelajar mengetahui cara untuk menggunakan kalendar dalam Microsoft Publisher.

Gambar Disini

Tarikh : 5 APRIL 2019
Masa : 08.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Kampung Sentosa, Lenga
Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan ini dihadiri seramai 20 orang masyarakat orang asli dari Kampung Sentosa Lenga. Tujuan program ini diadakan ini memberikan peluang kepada masyarakat orang asli terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk asas ICT. Program ini juga merupakan langkah untuk pelajar mahir dan tahu cara untuk menggunakan komputer dan bijak dalam menggunakan internet. Selain itu, turut diadakan taklimat KDB dan acara sukaneka .

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat tentang modul KDB seperti maklumat palsu,buli siber,penipuan kewangan dan perkongsian. Seterusnya, aktiviti sukaneka yang dimulakan dengan pertandingan mewarna seiring dengan acara sukaneka dewasa. Acara sukaneka dewasa adalah permainan paku peka, sepit-sepit sayang, bowling kelapa dan jalan seiring. Akhir sekali, penyampaian hadiah dan sedikit cederhati untuk Tok Batin.

Gambar Disini